BALIK PULAU : Dua lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang rakan senegara mereka awal bulan ini. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Lay Zin Ton, 24, dan Myo Kyaw Hein,20, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang bekerja di sebuah restoran makanan ala Thailand didakwa dengan niat bersama telah membunuh Saw James iaitu seorang lagi…