LONDON: Manchester City memulakan kempen mempertahankan gelaran kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan kemenangan apabila menewaskan Chelsea 2-0 sebentar tadi. Dua gol City masing-masing dijaringkan oleh Erling Haaland dan Mateo Kovacic sekali gus memberi permulaan yang sempurna kepada skuad kendalian Pep Guardioala dalam memburu kejuaraan EPL buat kali kelima berturut-turut. City tidak menunggu lama apabila Haaland yang membuat penampilan ke-100 bersama skuad The Citizens menjaringkan gol pertama seawal…