GAZA: Tentera Israel dan kumpulan pejuang Hamas bersetuju untuk menghentikan pertempuran selama tiga hari di zon tertentu di Gaza. Ini untuk membolehkan pusingan pertama vaksinasi polio diberikan kepada 640,000 kanak-kanak di wilayah tersebut. Pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk wilayah Palestin, Rik Peeperkorn berkata, kempen vaksinasi dijadualkan pada Ahad, dengan tiada perang buat sementara waktu bermula antara pukul 6 pagi hingga 3 petang. Beliau berkata, kempen ini akan dimulakan…