Berdolak-dalik gencatan senjata, Netanyahu dikritik rakyat sendiri

Berdolak-dalik gencatan senjata, Netanyahu dikritik rakyat sendiri

KANAK-kanak dengan luka olok-olok mengangkat sepanduk yang mempunyai wajah mirip Benjamin Netanyahu semasa protes yang diseru oleh gerakan Islam Hamas di bandar selatan Sidon, Lubnan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berdepan kemarahan di Israel dan luar negara berhubung pengendalian rundingan gencatan senjata yang dilihat masih samar apabila ia terbuka kepada konflik peperangan di Asia Barat.

Pergeseran antara Netanyahu dan Kementerian Pertahanan berhubung perjanjian itu, yang dikatakan boleh membantu meredakan krisis semakin meruncing di rantau ini apabila satu maklumat dibocorkan kepada akhbar tempatan.

Sepanjang empat minggu lalu, tiga pegawai Israel yang merangkumi seorang perunding tentang rundingan itu telah menyuarakan kebimbangan bahawa politik menjejaskan peluang perjanjian tersebut.

“Perdana Menteri mengelak daripada membuat keputusan mengenai perjanjian itu dan tidak mendesaknya secara penuh,” kata salah seorang pegawai kepada Reuters pada Ahad.

Beberapa anggota gabungan dalam kerajaan sayap kanan Netanyahu telah mengancam kestabilan kerajaan sekiranya perang berakhir sebelum Hamas dapat dikalahkan.

Netanyahu telah berulang kali berkata pembebasan baki tebusan yang ditahan di Gaza sejak serangan 7 Oktober 2023 yang diketuai Hamas ke atas Israel yang mencetuskan perang adalah keutamaan utama diri beliau.

Bagaimanapun isu ini menjadi lebih runcing apabila perang di Gaza mengancam untuk merebak ke konflik serantau yang lebih luas berikutan ketegangan antara Israel dan Iran sejak minggu lalu.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata lebih 39,000 rakyat Palestin telah terkorban dalam pertempuran dalam pertempuran di enklaf pantai yang padat dengan penduduk.

Ketegangan antara Netanyahu dan beberapa ahli dalam pasukan rundingannya telah didedahkan dalam kenyataan terbukanya pada Ahad.

“Saya bersedia untuk pergi jauh untuk membebaskan semua tebusan kami, sambil mengekalkan keselamatan Israel,” kata Netanyahu dalam kenyataan di Televisyen pada mesyuarat kabinetnya.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN