KUCHING – Aspek kebajikan skuad bola sepak Kelantan yang bertanding di Sukan Malaysia (Sukma) tidak pernah diabaikan sebaliknya pemain akan diberikan insentif tambahan setiap kali memperoleh kemenangan. Pengurus pasukan, Datuk Azmi Ariffin, berkata pihaknya menafikan berita yang mengatakan skuad Kelantan dianaktirikan hingga tidak diberikan kelengkapan asas. “Kebajikan mereka dijaga sepenuhnya dan mereka juga ditawarkan untuk berpindah ke hotel selepas kemenangan dengan Johor. Tetapi pasukan menolak untuk berpindah ke hotel kerana…