250 peluru berpandu balistik di hantar ke sempadan - Utusan Malaysia

250 peluru berpandu balistik di hantar ke sempadan

PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un menghadiri sesi bergambar di Pyongyang.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un memerintahkan penghantaran 250 pelancar peluru berpandu balistik ke unit barisan hadaan di sepanjang sempadan dengan Korea Selatan.

Beliau memutuskan demikian sambil menggelarnya sebagai ‘pedang berharga yang berkuasa’ untuk mempertahankan kedaulatan, demikian menurut media kerajaan pada hari ini.

Menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), majlis pemindahan peluru berpandu balistik tersebut berlangsung di ibunegara Pyongyang pada Ahad di mana Jong-Un mengetuai acara itu.

Jong-Un dalam ucapannya mendakwa bahawa peluru berpandu itu adalah senjata serangan taktikal terkini sambil menambah bahawa beliai mereka sendiri peluru berpandu tersebut.

Hubungan antara Korea Utara dan Selatan berada pada satu titik trendah dalam beberapa tahun, di mana Korea Utara meningkatkan ujian senjata dan mengebom Selatan dengan belon dipenuhi dengan sampah.

Korea Selatan telah bertindak balas dengan menyambung semula siaran propaganda di sepanjang sempadan, menangguh perjanjian ketenteraan yang mengurang ketegangan dan mengadakan latihan ketenteraan berhampiran sempadan.

Tahun ini, Pyongyang mengisytiharkan Korea Selatan sebagai musuh utama serta membuang agensi yang didekasikan untuk penyatuan semula dan mengancam perang terhadap sebarang perlanggaran wilayah yang dilakukan oleh Korea Selatan.

Penghantaran peluru berpanduk balistik dibuat ketika negara Komunis tersebut sedang dilanda hujan lebat sehingga dilaporkan 1,500 orang terkorban.

Beberapa wilayah di Korea Utara seperti bandar Sinuiju mengalami banjir manakala ibu kota Pyongyang mengalamikerosakan banjir paling besar.

Jong-Un menyelar laporan tersebut dan mendakwa ianya sebagai ‘kempen fitnah untuk mengaib dan mencemarkan imej utara’.

Beliau mendakwa Tentera Udara Korea Utara telah berjaya menyelamatkan sebanyak 5,000 orang di mana sebanyak 4,200 orang berjaya diselamatkan oleh helikopter tentera dalam masa beberapa jam.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN