Saya tidak kenal, tidak tahu mengenai suspek  - Abang Nur Farah

Saya tidak kenal, tidak tahu mengenai suspek  – Abang Nur Farah Kartini

Ahli keluarga dipercayai waris kepada Nur Farah Kartini Abdullah, Syeril Norsyuhada (kanan) dan Farizza Azmi Abdullah (kiri) ketika ditemui pemberita semasa hadir untuk pengecaman mangsa di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini semalam. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: “Arwah tidak pernah nampak seperti ada masalah dan sentiasa ceria,”

Demikian kata abang Allahyarham Nur Farah Kartini iaitu Mohd. Farriza Azmi Abdullah yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini hari ini. 

Kata Mohd. Farriza, adiknya itu sangat rapat dengan ibu dan abang-abangnya yang lain. 

“Kali terakhir arwah pulang ke kampung pada Hari Raya Aidiladha namun ketika itu pun arwah jarang  berjumpa dengan saya,” ceritanya. 

Jelas Mohd. Farriza lagi, arwah seperti  berahsia dengannya dan kalau ada masalah  mungkin memilih untuk bercerita dengan ibu atau abang-abangnya yang lain.

Ditanya, suspek yang ditahan, Mohd. Farriza berkata, dia tidak mengenai mahupun  mengetahui mengenai lelaki itu.

Sementara itu, kakak ipar mangsa, Syeril Norsyuhada Suhaimi berkata, buat masa ini mereka hanya menunggu laporan forensik berhubung pembunuhan Nur Farah. 

Syeril kemudian  berharap orang ramai termasuk pihak media tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga. 

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penjawat awam yang ditahan berhubung penemuan mayat, Nur Farah, 25, merupakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Perak.

“Siasatan awal mendapati tempat penemuan mayat merupakan lokasi kejadian utama,” kata Hussein.

Mayat Nur Farah yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan pada petang Isnin. Mangsa hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN