INDAH nan menawan kediaman yang satu ini dengan rekaan dan hiasan dalamannya yang unik. Sekali pandang bagaikan sebuah resort percutian. Berkonsepkan kontemporari, kediaman milik Musaddiq Mohamad Khalil dan Nabila Shakira Nordin dan ini menggabungkan pelbagai gaya yang juga dikenali sebagai fluid-style. Konsep berkenaan membawa erti tidak terikat hanya pada satu gaya. Antara gaya digabungkan adalah minimalis moden dan juga postmodern yang menekankan warna dan tekstur seperti dinding tumpu di ruang…