Polis berkas tiga 'scammer' dalam tiga operasi berasingan

Polis berkas tiga ‘scammer’ dalam tiga operasi berasingan

KAMARUL RIZAL JENAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Polis memberkas tiga individu termasuk seorang wanita semalam kerana dipercayai terlibat dalam urusan penipuan pelaburan dalam talian, penipuan menerusi panggilan telefon serta sindiket pinjaman tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 30 hingga 38 tahun itu diberkas dalam tiga operasi berasingan di sini.

Menurut beliau, suspek pertama iaitu seorang lelaki dikesan menipu mangsa dalam urusan pelaburan dalam talian yang tidak wujud sebelum ini sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kerugian sehingga mencecah RM132,844.45.

Katanya, seorang lagi suspek lelaki diberkas setelah dikesan memperdaya mangsa dalam sindiket ‘phone scam’ dengan menyamar sebagai pegawai polis hingga memaksa mangsa membuat beberapa transaksi wang secara dalam talian sebanyak RM101,000.

“Sementara itu, tangkapan ketiga melibatkan seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam penipuan pinjaman wang tidak wujud secara dalam talian.

“Dalam kes tersebut, mangsa dikatakan telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM73,972,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kamarul Rizal berkata, ketika ini, kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN