Peguam serah pada polis berhubung penyebaran video bedah siasat Zayn Rayyan

Peguam serah pada polis berhubung penyebaran video bedah siasat Zayn Rayyan

Fahmi Abd. Moin (tengah),
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya serahkan pada budi bicara pihak polis.”

Demikian kata peguam bela keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin, Fahmi Abd. Moin ketika dihubungi mengenai penyebaran gambar bedah siasat kanak-kanak autisme itu di aplikasi Telegram.

Ahad lalu, Polis Selangor membuka kertas siasatan berhubung penyebaran beberapa gambar yang didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan kematian kanak-kanak autisme di media sosial.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pihaknya sedang mengesan individu yang didakwa terbabit dalam penyebaran gambar didakwa bahan bukti kes itu.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

Pada 13 Jun lalu, ibu bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masing-masing berusia 29 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×