Kertas siasatan kes bunuh Farah diserah DPP sebelum Jumaat

Kertas siasatan kes bunuh Farah diserah DPP sebelum Jumaat

Wanita
NUR FARAH KARTINI ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sebelum Jumaat ini untuk tindakan selanjutnya

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, usaha pencarian bahan bukti di beberapa lokasi termasuk tempat kejadian telah selesai.

“Kertas siasatan dijangka diserahkan sebelum Jumaat ini. Ia susulan pencarian bahan bukti telah selesai dilakukan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Isnin lalu, tempoh tahanan reman seorang anggota polis berpangkat lans koperal berusia 26 tahun dilanjutkan tujuh hari sehingga 29 Julai ini selepas tempoh reman kali pertama tamat.

Media sebelum ini melaporkan, Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan kunci kereta dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Nur Farah Kartini ketika melakukan pencarian bahan bukti di Sungai Trolak Kampung Batu 4, Perak.

Kunci itu ditemukan oleh seorang penyelam unit berkenaan pada pukul 11.20 pagi pada jarak 50 meter dari jambatan kecil di sungai itu yang dipercayai menjadi lokasi suspek membuang barangan milik mangsa.

Hussein semalam mengesahkan penemuan kunci selain dompet dipercayai milik Nur Farah Kartini di sungai tersebut.

Pada 17 Julai lalu, polis telah menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa di dalam parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang yang turut menjadi lokasi utama pembunuhan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN