KBS sumbang RM 300,000 kepada atlet profesional ke Paris 2024

KBS sumbang RM 300,000 kepada atlet profesional ke Paris 2024

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat atlet profesional negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 sudah diberi geran bantuan sebanyak RM 300,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Geran bantuan itu disalurkan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) kepada dua pemain badminton, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei serta baki dua pemain golf iaitu Gavin Green dan Ashley Lau.

Menurut satu kenyataan MSN berkata, bantuan itu bertindak sebagai inisiatif bagi meringankan beban selepas menyertai beberapa kejohanan kelayakan dan kem latihan selain mendapat rakan regu dan perkhidmatan sokongan demi persiapan yang mampan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap bantuan tambahan itu akan membantu sedikit sebanyak selepas memberi tumpuan kepada persiapan sekali gus mampu mempamerkan persembahan terbaik di Paris.

“Ini adalah komitmen kami dalam membantu atlet yang membawa nama Malaysia bahawa bukan sahaja mereka akan menerima perkhidmatan dari ISN (Institut Sukan Negara) malah juga bantuan kewangan daripada kerajaan.

“Kami mahu para atlet tahu bahawa mereka pergi ke Paris dengan sokongan penuh kerajaan serta seluruh negara,” katanya dalam kenyataan MSN terbabit.

Acara sukan badminton akan dijadualkan berlangsung pada 27 Julai hingga 5 Ogos di Porte de La Chapelle Arena manakala golf pula di lapangan Le Golf National pada 1 hingga 10 Ogos ini.

Sehingga kini, 26 atlet bakal mewakili Malaysia di temasya empat tahun sekali itu. – UTUSANo

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN