WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden, sekali gus menamakan Timbalannya, Kamala Harris sebagai calon Parti Demokrat. Biden, 81, bagaimanapun akan terus mengetuai pentadbiran sehingga Januari ini. Beliau dalam satu kenyataan di aplikasi X semalam memberitahu, keputusan itu dibuat demi kepentingan parti dan negara. Menurut CNN, rancangan Biden untuk menarik diri diputuskan pada malam Sabtu dan dimuktamadkan semalam. Harris, 59, dalam reaksinya berhubung perkara…









