Bellingham, Kane selamatkan England

Bellingham, Kane selamatkan England

JUDE Bellingham melakukan sepakan akrobatik untuk menjaringkan gol pertama pasukannya menentang Slovakia di Arena AufSchalke, Gelsenkirchen, hari ini. England menang 2-1. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GELSENKIRCHEN: England menghadapi detik cemas apabila hampir tersingkir di Euro 2024 apabila ketinggalan 1-0 kepada Slovakia, namun Jude Bellingham menyelamatkan keadaan untuk ke masa tambahan, sebentar tadi.

Pada aksi mendebarkan itu, Slovakia membuka jaringan menerusi Ivan Schranz pada minit ke-25 permainan sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua menyaksikan England menemui momentum permainan apabila Phil Foden menjaringkan gol namun terpaksa akur apabila jaringannya dibatalkan akibat ofsaid.

England semakin berputus asa mencari gol di minit-minit akhir permainan namun Bellingham melakukan tendangan akrobatik yang cantik untuk menewaskan penjaga gol lawan, Martin Dubravka sehingga tamat separuh masa kedua.

Masa tambahan bermula menyaksikan penyerang sensasi England, Harry Kane menjaringkan gol menerusi tandukannya pada minit ke-91 hingga wisel penamat ditiup.

England meneruskan kempen Euro 2024 bertemu Switzerland pada aksi suku akhir, 7 Julai ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN