Tentera Israel musnahkan infrastruktur PBB di Jabalia

Tentera Israel musnahkan infrastruktur PBB di Jabalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pemantau Hak Asasi Manusia, Euro-Med mendedahkan tentera Israel terlibat memusnahkan infrastruktur di Jabalia secara besar-besaran semasa bandar di utara Gaza itu dikepung selama tiga minggu. 

Kumpulan aktivis yang berpangkalan di Geneva itu berkata, operasi ketenteraan Israel juga melancarkan jenayah pembunuhan terancang serta penangkapan dan menyasarkan orang awam sewenang-wenangnya. 

“Serangan itu memusnahkan seluruh blok kediaman dan menjejaskan ratusan rumah dan bangunan di kem, termasuk pusat perlindungan, pusat perubatan dan makanan serta telaga air yang dibiayai oleh Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA). 

“Pemeriksaan lapangan di kem Jabalia selepas pengunduran tentera Israel mendapati tiada satu bangunan kediaman yang terlepas daripada dibom, dimusnahkan dengan jentolak atau rosak akibat dibakar,” katanya lapor Al Jazeera. 

Kelmarin, selepas tiga minggu bertempur dengan pejuang Hamas, tentera Israel terpaksa berundur dari Beit Lahia, Beit Hanoun dan seluruh utara Gaza.

Walaupun tewas, tentera Israel tetap mendakwa kononnnya ‘misi sudah lengkap’ di timur Jabalia dan pihaknya bersiap sedia untuk melancarkan operasi baharu.

Sepanjang serangan itu, rejim Zionis mendakwa sudah membunuh ratusan pejuang Hamas, menemukan mayat tujuh warga Israel yang ditawan serta memusnahkan terowong bawah tanah sepanjang 10 kilometer.

Sejak Israel melancarkan serangan di Gaza, 7 Oktober lalu, seramai 36, 284 rakyat Palestin terbunuh dan 82,057 yang lain cedera. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya