Perak FC hampa pulang tangan kosong

Perak FC hampa pulang tangan kosong

SELANGOR FCmahu mencari bekalan selesa dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Terengganu FC, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat Perak FC untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata berharga tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Selangor FC yang masih segar dengan kemenangan menewaskan Negeri Sembilan FC 4-0 dalam aksi Piala FA minggu lalu berjaya menembusi gawang pada minit ke-24 menerusi percubaan Ronnie Fernandez.

Skuad kendalian Nidzam Jamil mengukuhkan kedudukan pada minit ke-40 selepas Ronnie menyempurnakan sepakan penalti ekoran pemain tuan rumah dikasari pertahanan Perak FC.

Selangor terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Alexander Ameyaw mengasari Wan Zack Haikal pada minit ke-64.

Perak FC berjaya merapatkan kedudukan menerusi tandukan pemain gantian Nur Azfar Fikri pada minit ke-78 namun usaha pasukan pelawat mengasak kubu tuan rumah demi mendapatkan satu mata berharga tidak membuahkan hasil.

Mengulas lanjut mengenai perlawanan tersebut, jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah mengakui kecewa dengan keputusan yang dicatatkan oleh pasukannya.

“Saya tidak mahu keputusan macam ini. Babak kedua kami membuat perubahan dan banyak percubaan berbahaya dapat dilakukan. Saya mengharapkan keputusan seri paling terbaik tetapi Allah lebih mengetahui,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kesilapan pertahanan, Tommy Mawat Bada yang mengasari pemain lawan sehingga menyebabkan penalti diberikan, Yusri enggan menyalahkannya.

“Saya sayangkan pemain saya. Mereka juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN