Pecah rekod dunia pindah air paling banyak guna tangan

Pecah rekod dunia pindah air paling banyak guna tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IDAHO: Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) memecah Rekod Dunia Guinness (GWR) selepas berjaya memindahkan air paling banyak menggunakan tangan dalam masa 30 saat.

Pemecah rekod bersiri, David Rush berjaya mencipta rekod baharu itu selepas berulang kali melakukan percubaan dan gagal merebut gelaran itu selama lima tahun.

Lelaki dari Idaho itu berkata, dia mencuba rekod itu beberapa kali dalam tempoh lima tahun, tetapi percubaannya sering dibatalkan atas faktor teknikal dan penggunaan permukaan yang tidak diluluskan.

Rush hanya menggunakan tangannya untuk memindahkan air dari baldi ke tempayan yang diletakkan pada jarak satu meter.

Dia berjaya mencatat rekod memindahkan 3,323 mililiter (ml) dari satu bekas ke bekas lain dalam tempoh yang diperuntukkan.

Gelaran itu menjadikan jumlah rekod yang dipegang serentak oleh Rush kepada 174 rekod.

Rush kini berusaha untuk mencapai 181 rekod dunia yang dipegang secara serentak untuk mengatasi pencapaian pemecah rekod bersiri, Silvio Sabba sebanyak 180 rekod.- AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN