Pangsapuri 5 tingkat di Jeddah runtuh - Utusan Malaysia

Pangsapuri 5 tingkat di Jeddah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Seramai lapan individu terperangkap selepas sebuah pangsapuri lima tingkat runtuh di daerah Al-Faisaliah, Jeddah, awal pagi semalam. Siasatan awal mendapati runtuhan bangunan yang merosakkan 13 unit kediaman itu berpunca akibat kerja-kerja penyelenggaraan ruangan bawah tanah premis berkenaan. Pengarah Direktorat Am Pertahanan Awam di Jeddah memaklumkan beberapa orang berjaya diselamatkan akibat runtuhan itu. Kejiranan berkenaan padat dengan penduduk yang menempatkan warga asing dan warga tempatan.


1 Bulan / RM9.90

Sehari hanya RM0.33

1 Tahun / RM75

Sehari hanya RM0.20 sen

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN