Negara G7 salur dana RM235 billion pada Ukraine

Negara G7 salur dana RM235 billion pada Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM:  Kumpulan tujuh negara maju (G7) bersetuju untuk menggunakan aset Russia yang dibekukan untuk mengumpul dana berjumlah AS$50 bilion (RM235 billion) untuk Ukraine bagi membantu berdepan serangan tentera Russia.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, ia adalah satu peringatan kepada Russia bahawa G7 tidak akan berundur walaupun Moscow mengancam melakukan tindak balas yang lebih dahsyat.

Wang itu dijangka disalurkan pada akhir tahun ini dan dilihat sebagai penyelesaian jangka panjang untuk menyokong usaha perang dan ekonomi Ukraine.

Aset bernilai AS$325 bilion (RM1.5 trilion) dibekukan oleh G7 bersama EU, berikutan pencerobohan besar-besaran Russia di Ukraine pada 2022.

Di bawah rancangan G7, sebanyak AS$3 bilion (RM14 bilion) akan digunakan untuk membayar faedah tahunan pinjaman AS$50 bilion (RM235 bilion) untuk rakyat Ukraine yang dikeluarkan di pasaran antarabangsa.

Biden menegaskan Russia tidak boleh memecahbelahkan mereka dan G7 akan bersama Ukraine sehingga mereka menang dalam perang itu.

Zelensky berterima kasih kepada AS dan sekutunya atas sokongan yang tidak berbelah bahagi. 

Pada sidang kemuncak G7 di Puglia, selatan Itali, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan Biden menandatangani perjanjian keselamatan dua hala selama 10 tahun antara Ukraine dan AS, yang dipuji oleh Kyiv sebagai detik ‘bersejarah’.

Perjanjian itu membayangkan bantuan ketenteraan dan latihan AS ke Ukraine, tetapi Washington belum komited untuk menghantar tenteranya berjuang ke negara sekutu. 

Perjanjian keselamatan Amerika-Ukraine itu adalah rangka kerja bagi usaha jangka panjang untuk membantu meningkatkan angkatan bersenjata Ukraine yang ketinggalan zaman. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN