Murid sekolah maut akibat bom meletup di Myanmar

Murid sekolah maut akibat bom meletup di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Seorang kanak-kanak maut dan 23 yang lain cedera akibat letupan daripada sebuah bom di sebuah sekolah rendah di wilayah Tanintharyi, selatan Myanmar, semalam.

Junta tentera Myanmar melaporkan insiden yang melibatkan bom berukuran 40 milimeter berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah hari (waktu tempatan) di bandar Dawei.

“Beberapa murid menemukan sebutir bom yang tidak meletup selepas ditinggalkan oleh penyerang semasa melancarkan serangan sebelum ini.

“Bom itu ditemukan semasa murid itu membersihkan kawasan sekolah dan membawa bahan letupan itu kepada guru mereka.

“Bagaimanapun, bom itu terjatuh dan meletup sehingga menyebabkan seorang murid maut dan 22 yang lain cedera termasuk penjaga seorang murid,” katanya dalam kenyataan.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan susulan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN