NEW DELHI: Narendra Modi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri India untuk penggal ketiga selepas keputusan pilihan raya yang menyaksikan beliau kehilangan majoriti besar.
Acara rasmi yang berlangsung di Istana Presiden di New Delhi, Rashtrapati Bhavan, pada Ahad itu, dihadiri oleh Presiden India, Droupadi Murmu yang menguruskan sumpah jawatan itu.
Ia turut dihadiri oleh ribuan orang termasuk pemimpin dari tujuh negara jiran, pelakon Bollywood dan tokoh korporat.
Laungan gemuruh penyokong sambil bertepuk tangan dan melaungkan ‘Modi, Modi’ ketika pemimpin berusia 73 tahun itu berpakaian kurta putih dan jaket separuh biru.
Selepas acara angkat sumpah, Modi dikelilingi oleh pegawai dari parti nasionalis Hindunya dan rakan gabungan politik.
Beliau berjanji untuk melindungi Perlembagaan India sepanjang tampuk pemerintahannya.