Lelaki bersenjata serang kedutaan AS di Beirut

Lelaki bersenjata serang kedutaan AS di Beirut

KENDERAAN tentera Lebanon mengetatkan kawalan keselamatan berhampiran kedutaan Amerika Syarikat di Beirut.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Seorang lelaki bersenjata ditahan selepas melepaskan tembakan ke arah kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Beirut hari ini.

Menurut tentera Lebanon, serangan itu dilakukan penyerang warga Syria, di tengah-tengah ketegangan memuncak di seluruh rantau ketika Israel meneruskan perangnya di Gaza.

Penyerang yang juga cedera dalam insiden berbalas tembakan dengan tentera, ditangkap dan dibawa ke hospital.

Tiada butiran lanjut diberikan, namun menerusi gambar yang beredar dalam media sosial menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah memakai jaket dengan tulisan ‘Negara Islam’ atau IS.

Pihak kedutaan yang terletak di bandar utara Awkar memaklumkan serangan berlaku pukul 8.34 pagi di sekitar pintu masuk bangunan dan mengesahkan kakitangannya selamat.

Bagaimanapun, seorang anggota keselamatan kedutaan dilaporkan cedera ketika pertempuran yang berlaku hampir setengah jam.

Lapor Al Jazeera, tentera memperketatkan kawalan keselamatan dan tidak membenarkan orang ramai masuk ke perkarangan kedutaan.

Sumber keselamatan Lebanon mengesyaki penyerang yang ditahan mungkin tidak bertindak bersendirian dan tidak menolak kemungkinan terdapat empat lelaki bersenjata lain terlibat dalam serangan.

Ketegangan memuncak di Lebanon sejak perang Israel di Gaza bermula pada Oktober lalu.

Kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan Iran, Hezbollah didakwa terlibat dalam serangan bersama dengan Israel di sempadan selatan negara itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN