GELSENKIRCHEN: Jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente menegaskan tiada pasukan lain yang lebih baik daripada anak-anak buahnya di Kejohanan Eropah (Euro) 2024 selepas mempamerkan aksi memukau ketika menewaskan juara bertahan, Itali 1-0. Kemenangan itu turut menyaksikan Sepanyol mara ke peringkat 16 pasukan terakhir. “Saya amat gembira dan berbangga bukan hanya kerana keputusan ini selepas menewaskan pasukan hebat, juara bertahan Euro namun cara kami memperolehinya bagaimanapun kejohanan ini amat sukar. “Lawan…










