Albania ikat Croatia 2-2

Albania ikat Croatia 2-2

KLAUS Gjasula meraikan jaringan minit akhir permainan bersama pasukannya ketika menentang Croatia, dalam aksi kedua Kumpulan B Euro 2024, malam tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMBURG: Pasukan kerdil kumpulan B, Albania berjaya mengikat Croatia 2-2 dalam pertemuan yang mengagumkan malam tadi.

Perlawanan seri terbabit menyaksikan kedua-dua pasukan perlu gah dalam aksi terakhir peringkat kumpulan untuk menempah tiket ke peringkat kalah mati.

Albania bermula cemerlang apabila membuka jaringan seawal minit ke-11 menerusi tandukan hebat daripada Qazim Laci sehingga tiada gol dihasilkan pada babak pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Separuh masa kedua menyaksikan, Croatia membuka langkah kanan apabila Andrej Kramaric menyamakan kedudukan pada minit ke-74 dengan rembatan rendah yang kencang.

Bagaimanapun, Albania terpaksa akur apabila Klaus Gjasula memasukkan bola ke gawang sendiri sekali gus memberi laluan kepada Croatia untuk mendahului pada minit ke-76.

Albania terus mengasak kubu pertahanan Croatia sehingga Gjasula menebus kesilapannya apabila menjaringkan gol pada masa kecederaan.

Pada aksi terakhir kumpulan B menyaksikan Croatia bakal bertemu Itali manakala Albania meneruskan cabaran getir menentang Sepanyol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini