Tiga pelancong Sepanyol ditembak mati di Afghanistan - Utusan Malaysia

Tiga pelancong Sepanyol ditembak mati di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Tiga pelancong warga Sepanyol dibunuh dan seorang lagi cedera akibat diserang oleh penembak di wilayah Bamyan, tengah Afghanistan, semalam.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Taliban, Abdul Mateen Qaniee mengesahkan insiden terbabit.

Katanya, insiden turut menyebabkan empat warga asing lain serta tiga warga Afghanistan juga cedera akibat serangan itu.

Setakat ini, pihaknya sudah memberkas empat individu.

Kementerian Luar Sepanyol pula sudah mengerahkan unit kecemasan konsulat dan mangsa serta ahli keluarga sudah diberikan bantuan.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menerusi platform X meluahkan rasa terkejut dengan berita kematian pelancong Sepanyol di Afghanistan itu kerana tiada sebarang tanda menunjukkan serangan tersebut akan berlaku.

Kawasan pergunungan di Bamyan merupakan tapak warisan dunia UNESCO yang mempunyai dua patung Buddha besar. Pada 2001, pihak berkuasa Taliban memusnahkan patung tersebut.

Serangan terkini itu merupakan antara insiden paling teruk yang menyasarkan warga asing sejak tentera luar meninggalkan Afghanistan, dan selepas Taliban kembali berkuasa pada 2021.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya