BAITULMUQADDIS: Tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin dalam serangan udara pada waktu subuh di Rafah, selatan Gaza. Pertempuran juga berlaku di beberapa kawasan lain di kawasan pinggir pantai, kata pegawai perubatan Gaza. Israel dikatakan meneruskan serangannya ke atas Rafah sehari selepas mengumumkn tenteranya menguasai zon penampan di sepanjang sempadan berdekatan antara Gaza dan Mesir. Penguasaan zon penampan memutuskan laluan yang digunakan oleh kumpulan Hamas untuk menyeludup senjata ke Gaza…