Tentera Israel bunuh 15,103 kanak-kanak Palestin

Tentera Israel bunuh 15,103 kanak-kanak Palestin

KANAK-KANAK Palestin mengangkat bekas peluru kosong buatan Amerika Syarikat di Khan Younis, selatan Gaza. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Palang Merah Palestin merekodkan sebanyak 15,103 kanak-kanak maut akibat jenayah genosid yang dilancarkan oleh rejim Israel sejak tujuh bulan lalu. 

Angka itu direkodkan ketika lebih ramai rakyat Palestin dibunuh dan cedera di bandar Gaza, lapor The Palestin Chronicle.  

Insiden kematian terkini melibatkan tiga orang termasuk kanak-kanak dan beberapa individu lain cedera akibat menjadi sasaran pengeboman di kediaman mereka di jalan Al-Sahaba. 

Di kawasan kejiranan Al-Daraj, timur Gaza, beberapa penduduk terbunuh dan cedera selepas bangunan dibedil oleh tentera Zionis. 

Di kem pelarian Jabaliya, pertempuran antara pejuang Palestin dan tentera Israel masih berlanjutan. 

Di selatan Gaza, Rafah, empat warga Palestin terbunuh dan cedera selepas askar Israel menyasarkan serangan di kawasan kediaman.

Tiada lagi kawasan selamat di setiap penjuru di Gaza apabila apartmen penduduk di Ain Jalut, selatan kem Nuseirat menyaksikan banyak mangsa dan kanak-kanak terkorban.  

Malah, sekumpulan penduduk terdiri daripada wanita yang berhimpun semata-mata mahu mencari akses internet menjadi mangsa bedilan peluru tentera Israel di jalan Al-Jalaa, kejiranan Sheikh Radwan, Gaza. 

Sementara itu, data baharu yang dikemas kini oleh pejabat media Kerajaan Gaza pula melaporkan bilangan wartawan yang terbunuh meningkat 145 orang. 

Mangsa baharu melibatkan wartawan muda, Mohammed Jahjouh yang terbunuh bersama ahli keluarganya yang lain di kediaman mereka di utara Gaza. 

Serangan bertali arus sejak tahun lalu, menyaksikan 35,233 penduduk Palestin terbunuh, 79,141 cedera dan 11,000 dilaporkan masih hilang. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya