Staf muzium cuai punca tangan mumia putus - Utusan Malaysia

Staf muzium cuai punca tangan mumia putus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Agensi Arkeologi Persekutuan Mexico menuduh bandar Guanajuato yang diperintah oleh pihak konservatif melakukan penyalahgunaan terhadap salah satu mayat mumia terkenal negara itu dari abad ke-19.

Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan (INAH) berkata, tangan salah satu mumia sebenarnya terputus semasa kerja-kerja pengubahsuaian di muzium yang menempatkan mayat mumia secara kekal. 

“Seseorang mungkin menganggap aduan ini berkisar tentang perlakuan yang bermaruah terhadap jenazah yang dikuburkan pada awal abad ke-19 dan kuburnya kembali dibongkar bermula pada tahun 1860-an, kerana keluarga mereka tidak lagi mampu membayar yuran kubur.

“Namun sebenarnya, mumia-mumia itu telah dipamerkan dengan cara yang agak mengerikan dalam kes pengasingan kaca di sebuah muzium di Guanajuato, ibu negeri yang sama dan dibawa ke pameran pelancongan untuk beberapa dekad. Beberapa mumia lain telah dipamerkan di Amerika Syarikat pada tahun 2009,” katanya.  

Pihak INAH percaya pihaknya mempunyai bidang kuasa terhadap mumia kerana ia adalah ‘warisan negara’ dan pihak Guanajuato pula menganggap ia sebagai tarikan pelancongan. 

Isnin lalu, institut itu berkata, ia akan menuntut penjelasan mengenai permit dan prosedur yang dipatuhi semasa pengubahsuaian muzium.

“Peristiwa ini mengesahkan pihak muzium melakukan pengumpulan dan pemindahan bahan pameran tidak mengikut cara yang betul serta tidak menggunakan strategi pemuliharaan yang tepat.

“Tindakan yang dilakukan mengakibatkan kerosakan bukan sahaja kepada badan ini. 

“Situasi ini berkaitan dengan kurang pengetahuan tentang protokol yang betul dan kekurangan latihan kakitangan yang bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas ini,” katanya dalam kenyataan.-AP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya