Skuad hoki lelaki dalam dewan pahat sejarah

Skuad hoki lelaki dalam dewan pahat sejarah

PASUKAN Hoki dalam dewan lelaki negara menunjukkan riak muka gembira selepas mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2025 selepas muncul naib juara di Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.-IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki dalam dewan lelaki negara mencipta sejarah tersendiri apabila layak ke Piala Dunia 2025 buat kali pertama apabila meraih slot itu di Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.

Kejayaan itu hadir, menerusi semangat juang yang tinggi ditunjukkan pemain-pemain negara meskipun tunduk kepada Iran pada aksi final 7-1 sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi 2022.

Bagaimanapun, ketua jurulatihnya, Rodzhanizam Mat Radzi tetap berbangga dengan kejayaan anak buahnya berjaya mara ke Piala Dunia tahun depan yang dijadualkan berlangsung di Croatia.

“Setiap pemain memberikan sehabis baik dan kebangkitan yang ditunjukkan mereka semestinya perlu dipuji. Melangkah ke Piala Dunia untuk kali pertama adalah detik yang paling ditunggu dan ini yang diperjuangkan oleh pasukan selama ini.

“Kami berharap akan mendapat perhatian dan peruntukan secukupnya bagi mempersiapkan diri supaya dapat memberikan tentangan yang hebat di Piala Dunia 2025 nanti. Terima kasih kepada penyokong dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong Pasukan Hoki Dalam Dewan Malaysia dan terus mempercayai kami,” katanya.

Setakat ini, selain Croatia selaku tuan rumah, enam pasukan dari benua Eropah dan Pan Amerika sudah melayakkan diri ke Piala Dunia yang dianjurkan empat tahun sekali bermula dari 2003.

Keenam-enam pasukan berkenaan ialah Austria, Jerman, Poland dan Belgium (Eropah), manakala dua pasukan lagi ialah Argentina dan Trinidad and Tobago.

Tiga lagi slot Piala Dunia bakal ditentukan melalui Piala Afrika (2) dan Piala Oceania (1).

Untuk rekod, walaupun muncul juara pada 2022, skuad negara tidak layak beraksi di Piala Dunia tahun lalu kerana slot itu diberikan kepada Iran selaku juara Piala Asia 2019 selepas Piala Dunia 2022 dibatalkan kerana pandemik Covid-19.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya