Sisa makanan jadi pewarna organik

Sisa makanan jadi pewarna organik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tahukah anda sisa-sisa makanan seperti kulit bawang merah dan buah-buahan di samping dedaun herba boleh dijadikan sebagai pewarna organik?

Dengan hanya menggunakan bahan masakan di dapur, orang ramai dapat menghasilkan warna-warna semula jadi bagi penghasilan karya seni.

Pendekatan itu secara tidak langsung dapat mengelakkan pembaziran makanan dan lebih mesra alam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengasas Dunia Motif, Ummi Kalthum Junid berkata, kesedaran tentang pewarna semula jadi itu perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat.

Katanya, setiap bahan mampu menghasilkan warna dan kepekatan yang berbeza.

Malah, ia boleh dipelbagaikan dengan jumlah kadar celupan warna atau bahan pengikat organik yang lain.

“Secara asasnya, warna yang dihasilkan daripada sisa makanan adalah cair, tetapi ia boleh ditambah baik dengan celupan beberapa kali untuk mendapatkan rona yang diingini.

“Selain itu, bahan pengikat organik lain seperti air karat juga boleh digunakan untuk menghasilkan warna dan kepekatan berbeza,” katanya ketika ditemui dalam pameran Kuala Lumpur Colour District (KLCD) di Chow Kit baru-baru ini.

Antara pendekatan yang dilakukan Ummi Kalthum adalah dengan pergi ke pasar setiap hari bagi mengumpulkan sisa-sisa makanan itu.

Kebanyakan pasar yang dikunjungi adalah di sekitar Kuala Lumpur.

Langkah itu sekali gus dapat dapat memberi gambaran jelas kepada penjual dan pembeli tentang penggunaan sisa makanan untuk diguna pakai bagi tujuan berbeza.

Katanya, bahan yang dikumpulkan itu akan dibersihkan terlebih dahulu dan dikeringkan.

Proses seterusnya adalah merebus sisa makanan bagi dijadikan pewarna.

“Kemudian celupkan kain pada pewarna itu.

“Namun, kain yang digunakan perlu organik agar warna itu lebih bersifat tahan lama,” katanya.

Kata Ummi Kalthum, menerusi inisiatif itu, pihaknya berpeluang melakukan kajian dan meneliti bahan serta warna yang dihasilkan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini