SYDNEY: Seorang remaja Malaysia didakwa di Australia semalam atas pertuduhan cuba menyeludup reptilia eksotik keluar dari negara itu pada Februari lalu. Suspek berusia 19 tahun itu dituduh cuba mengeksport haiwan asli terkawal di bawah Akta Perlindungan Alam Sekitar dan Pemuliharaan Biodiversiti Australia 1999 di Mahkamah Majistret di Australia Barat. Menurut Pasukan Sempadan Australia (ABF), siasatan dilancarkan selepas sebuah syarikat kargo udara di Perth menemukan tiga biawak dalam konsainan ke Malaysia…











