Polis Perancis tembak lelaki bakar rumah ibadat Yahudi

Polis Perancis tembak lelaki bakar rumah ibadat Yahudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Polis Perancis menembak mati seorang lelaki selepas bertindak membakar sebuah rumah ibadat Yahudi di bandar Rouen, awal pagi tadi.

Lelaki itu dilaporkan bersenjatakan pisau dan palang besi sebelum meluru ke arah anggota polis.

Pihak polis menerima panggilan kira-kira pukul 6.45 pagi tadi (waktu tempatan) selepas kepulan asap kelihatan dari rumah ibadat itu.

Anggota bomba di lokasi kejadian berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran.

Tiada mangsa lain yang maut akibat kebakaran itu.

Suspek dikatakan melemparkan bom petrol melalui tingkap kecil yang menyebabkan rumah ibadat itu terbakar.

Datuk Bandar Rouen, Nicolas Mayer-Rossignol berkata, serangan terhadap rumah ibadat itu bukan sahaja menjejaskan masyarakat Yahudi, malah mengejutkan seluruh penduduk di bandar itu.

Perancis serta seluruh negara Eropah Barat menyaksikan lonjakan antisemitisme sejak Hamas menyerang selatan Israel, 7 Oktober lalu.

Awal minggu ini, sebuah tugu peringatan di Paris yang memberi penghormatan kepada 3,900 lelaki dan wanita yang membantu menyelamatkan orang Yahudi semasa pendudukan Nazi di Perancis dalam Perang Dunia Kedua dicalit dengan simbol tangan yang dicat berwarna merah.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, perbuatan merosakkan tembok itu menjejaskan tanda ingatan terhadap wira Perancis dan mangsa Holocaust.

Perancis mempunyai komuniti Yahudi ketiga terbesar di dunia, selepas Israel dan Amerika Syarikat. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya