PM Australia garis langkah tangani lelaki toksik, keganasan

PM Australia garis langkah tangani lelaki toksik, keganasan terhadap wanita

-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mengisytiharkan keganasan terhadap wanita dianggap sebagai malapetaka dan krisis negara selepas berlaku protes di beberapa bandar utama di negara berkenaan.

Albanese turut mengumumkan langkah untuk menangani pelampau lelaki toksik bagi mengekang pornografi dan dana bantuan untuk mangsa.

Beliau memberitahu rakyat Australia bahawa semua pihak perlu bertanggungjawab untuk menghapuskan keganasan.

Setakat tahun ini, 28 wanita terbunuh di negara ini akibat keganasan, purata satu kematian setiap empat hari.

Sebagai perbandingan, 14 wanita meninggal dunia dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Perkhidmatan sokongan turut menuntut undang-undang yang lebih ketat menerusi protes yang dilaksanakan di seluruh negara minggu lalu.

Albanese mengumumkan undang-undang baharu untuk mengharamkan pornografi dan pembiayaan tambahan untuk badan pemerhati dalam talian negara untuk merintis teknologi jaminan perlindungan setiap umur.

Beliau juga mengumumkan AS$925 juta (AS$598 juta atau RM2.85 bilion) dalam bentuk pembiayaan untuk meningkatkan perkhidmatan sokongan bagi mereka yang melarikan diri daripada situasi ganas.

Perkhidmatan keganasan rumah tangga berkata pengumuman itu adalah satu langkah ke arah yang betul.

Ketua Pegawai Eksekutif Our Watch, Patty Kinnersly memberitahu AFP, setiap kematian mencerminkan seorang wanita yang ‘dirompak’ masa depannya.

Dia mengalu-alukan tumpuan pada kandungan dalam talian, memandangkan peranan teknologi yang semakin meningkat dalam mengekalkan keganasan gender.

“Isu ini mesti kekal menjadi keutamaan, supaya semua wanita Australia dan anak-anak mereka bukan sahaja dapat hidup bebas daripada keganasan, tetapi berkembang maju,” katanya. -CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN