BAITULMUQADDIS: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggambarkan Gaza kini dipenuhi dengan lebih banyak serpihan dan runtuhan bangunan berbanding di Ukraine. Malah, ia dianggap menjadi satu tugas besar untuk kerja-kerja pembersihan yang menjadikan semuanya lebih mahal serta berbahaya dengan jumlah asbestos dan senjata yang tidak meletup. Enam bulan selepas perang antara Israel dan Hamas, Perkhidmatan Tindakan Galian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNMAS) menganggarkan jumlah serpihan bangunan di Gaza pada 37 juta tan metrik…