Lawrence mahu tadbir negara ikut acuan sendiri - Utusan Malaysia

Lawrence mahu tadbir negara ikut acuan sendiri

LAWRENCE WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura yang baharu, Lawrence Wong dilihat mahu mentadbir negara mengikut acuan sendiri serta dilihat berbeza dengan pendahulunya. 

Penganalisis politik bebas, Dr. Felix Tan berkata, konsep itu penting bagi memenangi hati rakyat Singapura yang kini lebih berpendidikan dan terdedah dengan lebih banyak peluang.   

“Mendengar ucapan dan bagaimana beliau mahu membawa hala tuju Forward Singapore, secara jelas beliau mahu memberi lebih tumpuan untuk memenangi hati rakyat Singapura melebihi segala-galanya.

“Oleh itu, jangkaan rakyat terhadap kerajaan adalah jauh berbeza dengan Perdana Menteri sebelum ini. Tumpuan mereka lebih kepada apa yang kerajaan boleh tawarkan,” katanya lapor Channel News Asia. 

Felix berkata, tiga Perdana Menteri sebelum ini dilihat lebih tertumpu kepada agenda pragmatik atau praktikal seperti hal ehwal ekonomi.

Jelasnya, Lawrence akan mengambil alih ‘landskap sangat berbeza’ berbanding tiga pemimpin terdahulu.  

“Perdana Menteri baharu mungkin berharap rakyat Singapura akan mengukur prestasinya berbanding dengan apa yang beliau akan laksanakan, bukan sebagai perbandingan dengan beberapa generasi sebelumnya. 

“Beliau mahu kita memberikan peluang untuk menunjukkan komitmen dan kesungguhan terhadap kata-katanya,” jelasnya. 

Terdahulu, Lawrence mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura, Rabu lalu, menandakan peralihan kepemimpinan pertama negara itu dalam tempoh 20 tahun. 

Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana Singapura.

Lawrence, 51, mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Lee Hsien Loong, 72, yang akan kekal dalam Kabinet sebagai Menteri Kanan.

Ketika mengumumkan senarai barisan Kabinet pertamanya pada Isnin lalu, Lawrence berusaha untuk mengutamakan kesinambungan dan kestabilan, melantik ahli politik berpengalaman Gan Kim Yong sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Seramai sembilan menteri kanan dan lima menteri negara turut sama mengangkat sumpah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya