Latif mahu buru emas ketiga Paralimpik

Latif mahu buru emas ketiga Paralimpik

ABDUL Latif Romly raih emas di Kejohanan Olahraga Para Dunia di Kobe, Jepun, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly mengekalkan rentaknya menjelang Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas merangkul pingat emas kali keempat di Kejohanan Olahraga Para Dunia di Kobe, Jepun, hari ini.

Atlet berusia 27 tahun itu mencatat rekod peribadi terbaik musim ini selepas mencatat lompatan sejauh 7.30 meter (m) untuk meraih emas keempat bagi kategori T-20 (kecacatan intelektual).

Beliau berkata, kejayaan kali ini memberi pecutan dalam keyakinan dirinya dalam misi memburu emas ketiga berturut-turut di pentas Paralimpik Paris yang akan berlangsung 28 Ogos hingga 9 September depan.

“Saya sememangnya yakin untuk mempertahankan emas kejohanan dunia ini dan gembira kerana tampil dalam keadaan terbaik di sini.

“Walaupun empat lompatan saya batal, namun ianya tidak mematahkan semangat saya kerana aksi saya konsisten meraih lima pingat dalam lima kejohanan dunia yang saya sertai sejak edisi 2015 di Doha.

“Keutamaan dalam fokus sayang sekarang adalah memenangi emas ketiga berturut-turut di Sukan Paralimpik dan menaruh harapan untuk memperbaharui rekod dunia,” katanya.

Pada kejohanan terbabit, pingat perak diraih oleh atlet Ecuador, Espinoza yang mencatat 6.95m manakala Jhon Sebastian Obando Asprilla dari Colombia sekadar mendapat gangsa dengan catatan 6.84m.

Untuk rekod, Latif memenangi emas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia menerusi edisi 2015 di Doha, London (2017) dan Paris (2023).

Terdahulu, dua lagi atlet negara turut menyumbang emas pada Kejohanan Dunia kali ini menerusi jaguh lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli (T20) dan Nazmi Nasri (lompat jauh T37).

Selain itu, Eddy Bernard turut menyumbang perak dalam acara 400m T44 manakala Wong Kar Gee (lompat jauh T12) dan Ammar Aiman (400m T20) meraih gangsa di kejohanan kali ini.

Latif bersama Ziyad, Nazmi dan Eddy sudah menempah tiket untuk bersaing di Sukan Paralimpik Paris yang berlangsung hujung Ogos ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya