Lambung bola sambil tutup mata paling lama di dunia

Lambung bola sambil tutup mata paling lama di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pemecah rekod bersiri, David Rush kembali merampas semula gelaran Guinness World Record pertamanya, apabila berjaya melambung tiga objek ke udara sambil ditutup mata dalam tempoh paling lama iaitu 1 jam, 3 minit dan 4 saat.  

Rush meraih gelaran pertama dalam rekod dunia menerusi aksi sama selama 6 minit dan 34 saat, pada 2015, lapor UPI.  

Sejak itu, dia mula memecahkan lebih 250 rekod dunia. 

Pada 2021, dia mengulangi rekod sama sebanyak tiga kali bagi memperbaharui masanya dengan catatan 32 minit dan 7 saat. 

Buat kali pertama, lelaki itu kehilangan rekod selepas tempoh lapan tahun kepada pencabar dari Australia yang mencatatkan masa 43 minit dan 30 saat. 

Baru-baru ini, dia mencatatkan rekod untuk jangka masa paling lama iaitu 13 jam dan 10 minit sebagai persediaan merampas semula rekod itu daripada pencabarnya. 

Rush kini memegang 170 rekod dunia dan berhasrat memintas Silvio Sabba yang memegang 180 gelaran dalam rekod dunia.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya