KL City 'tempang' jumpa JDT

KL City ‘tempang’ jumpa JDT

PEMAIN-Pemain KL City menjalani sesi latihan terakhir sebelum berdepan JDT di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, petang ini.-IHSAN KLCITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur (KL) City berdepan kesukaran menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, hari ini dalam aksi Liga Super apabila dihimpit masalah kecederaan pemain.

Jurulatih KL City FC, Miroslav Kuljanac berkata beliau tidak dapat menurunkan dua pemain akibat kecederaan serta seorang pemain yang digantung perlawanan.

“Lazar (Sajcic) masih belum bersedia manakala Kamal Azizi (Zabri) juga mengalami kecederaan. Adrijan (Rudovic) pula digantung perlawanan akibat kad merah. “Saya perlu tengok pemain mana yang bersedia untuk menentang JDT,” katanya.

Tonggak pertahanan KL City FC, Kamal tidak dapat beraksi selepas mengalami kecederaan patah di bahagian tangan ketika seri 1-1 menentang Kuching City FC, Ahad lalu. Rudovic pula dilayangkan kad merah pada aksi tersebut.

Sajcic dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 10 hari lagi selepas cedera di bahagian bawah lutut akibat berlaku hentakan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard memberitahu dua pemain pinjaman daripada JDT iaitu Ryan dan Declan Lambert boleh turun beraksi menentang skuad Harimau Selatan.

Stanley berkata semasa meminjam kedua-dua pemain tersebut terdapat dua bentuk perjanjian yang boleh diguna pakai oleh kedua-dua pasukan.

“Pertama, pemain tersebut tidak boleh bermain dengan kelab asal mereka. Kedua, mereka boleh beraksi menentang mana-mana pasukan termasuk kelab asal mereka.

“Jadi kami memilih perjanjian di mana kedua-dua pemain itu boleh bermain menentang semua pasukan,”jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya