Inovasi rawat luka guna madu

Inovasi rawat luka guna madu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Madu terbukti mempunyai 1,001 penawar kepada kesihatan tubuh badan.

Memanfaatkan anugerah alam itu, penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menghasilkan produk inovasi yang menggunakan madu sebagai bahan utama.

Ketua kumpulan, Dr. Khairul Anuar Mat Amin berkata, produk itu ialah MediMadu Paste dan pembalut luka, HoneyGel.

Tempoh hampir 10 tahun diambil bagi membuat penyelidikan sebelum menghasilkan kedua-dua produk berkenaan.

Menariknya, pemilihan madu yang digunakan adalah daripada madu asli dan bermutu tinggi.

Tambahnya, kedua-dua produk itu menjanjikan manfaat yang besar dalam bidang kesihatan, terutama dalam penggunaannya sebagai pembalut luka.

Penggunaan bahan berasaskan madu dalam produk-produk ini diketahui memiliki sifat antimikrobial, mempercepatkan proses penyembuhan serta mengurangkan risiko jangkitan.

Selain itu, madu juga dikenali memiliki sifat anti-radang yang dapat membantu mengurangkan keradangan pada luka.

Dalam perkembangan lain, inovasi produk berasaskan madu oleh penyelidik ini disokong oleh Bee Lab Sdn. Bhd. iaitu syarikat pemula yang diasaskan oleh penyelidik UMT.

Syarikat itu juga aktif dalam menyampaikan berita-berita berkaitan dengan industri madu, kesihatan, serta perkembangan terkini dalam penyelidikan dan inovasi.

Dengan menyokong penggunaan produk-produk berasaskan madu seperti MediMadu Paste dan HoneyGel, masyarakat berpeluang menikmati manfaat kesihatan yang ditawarkan oleh madu dan produk-produk berkaitan.

Sebagai rancangan masa depan, fokus Dr. Khairul Anuar kini adalah untuk mendapatkan dana daripada agensi-agensi kerajaan serta memohon kelulusan dari Medical Device Authority (MDA) bagi tujuan pengeluaran dan pengkomersialan produk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN