Cate Blanchett pakai gaun warna bendera Palestin

Cate Blanchett pakai gaun warna bendera Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANNES: Pelakon terkenal dari Australia, Cate Blanchett mencuri tumpuan apabila mengenakan busana satin rekaan Jean Paul Gaultier Couture yang mewakili warna-warna bendera Palestin.

Cate, 55, membuat kemunculan semasa acara karpet merah Festival Filem Cannes di Perancis sempena tayangan perdana filem baharu lakonannya, The Apprentice.

Pemilihan gaun tiga warna itu terdiri daripada hitam di bahagian hadapan, putih di belakang dan hijau pada sebelah dalam, yang jelas kelihatan sebagai simbolik dan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Dengan aksesori Louis Vuitton pada bahagian bahunya, wanita ini turut menggunakan platform di Cannes bagi menggesa industri filem antarabangsa bergerak ke hadapan dengan memaparkan kisah-kisah yang dilalui sendiri oleh pelarian yang kehilangan tempat tinggal akibat peperangan di negara asal mereka. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya