Bangkok berisiko tenggelam, cadang pindah ibu negara

Bangkok berisiko tenggelam, cadang pindah ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand berkemungkinan perlu mempertimbangkan langkah memindahkan ibu negara dari Bangkok disebabkan paras air laut yang semakin meningkat. 

Perkara itu disuarakan oleh Timbalan Pengarah Agung, Jabatan Persekitaran dan Perubahan Iklim Kerajaan, Pavich Kesavawong yang memberi amaran bandar itu berisiko berdepan cuaca panas yang lebih teruk berbanding negara-negara lain.

 Jelasnya, unjuran secara konsisten menunjukkan Bangkok yang merupakan kawasan rendah berdekatan laut, berisiko ditenggelamkan lautan sebelum hujung abad ini.

Katanya, kebanyakan daerah di ibu kota penuh sesak itu sudah berdepan masalah banjir, terutamanya semasa musim tengkujuh.

“Saya rasa (suhu) di sini (sudah naik) melebihi 1.5 darjah Celsius. 

“Kini kita perlu bangkit dan memikirkan tentang langkah penyesuaian. Saya boleh bayangkan Bangkok ditenggelamkan air, jika kita terus dalam keadaan sekarang,” katanya kepada AFP.

Beliau berkata, Kerajaan Bangkok sedang meneroka pelbagai langkah seperti membina benteng bagi membendung air, sebagaimana yang digunakan di Belanda.

Ini termasuk ‘memikirkan rancangan tentang pemindahan’ dan perbincangan masih berlandaskan andaian dan isu ini ‘sangat rumit’.

“Secara peribadi, saya rasa ia satu pilihan yang baik agar kita dapat memisahkan kawasan ibu kota, pemerintahan dan perniagaan. 

“Bangkok (akan tetap) kekal sebagai ibu kota kerajaan tetapi premis perniagaan akan dipindahkan,” jelasnya. -AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya