Arkeologi jumpa jejak kaki usia 23,000 tahun

Pakar arkeologi jumpa jejak kaki usia 23,000 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW MEXICO: Pasukan penyelidik percaya jejak kaki yang ditemukan di New Mexico memberikan gambaran tentang pergerakan manusia pertama di Amerika Utara. 

Jejak kaki itu diyakini berusia lebih 23,000 tahun sekali gus mengesahkan kajian awal yang pernah mencatatkan rekod berusia lebih 10,000 tahun sebelum ini. 

Menjejaki jejak kaki dapat memberikan saintis moden pandangan tentang kehidupan purba.  

Ahli Akademik dalam Paleokologi di Universiti Bournemouth, Sally Reynolds berkata, Taman Negara White Sands mempunyai beberapa pasir paling kaya dari segi arkeologi di Amerika Utara. 

“Buku sejarah perlu ditulis semula kerana kami menemukan contoh hebat tentang aktiviti manusia, cara manusia berinteraksi antara satu sama lain dan kehidupan haiwan di tapak arkeologi di New Mexico.

“Jejak kaki ini memberikan gambaran berharga kepada kehidupan nenek moyang kita,” katanya. 

Sebelum ini, jejak kaki yang ditemukan berusia kira-kira 13,000 tahun lalu, adalah berdasarkan satu kajian oleh penyelidik Penyiasatan Geologi Amerika Syarikat, pada 2021. 

Ia kemudian mendapati tapak kaki itu sebenarnya berusia 23,000 tahun menggunakan kaedah pentarikhan radiokarbon. 

Pasukan penyelidik mengesahkan tarikh baharu itu berdasarkan debunga dan benih rumput parit yang ditemukan di tapak kaki serta dalam lapisan lumpur yang mengeras. 

Penemuan itu menunjukkan manusia berada di benua itu semasa Maksimum Glasier Terakhir. -AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya