PETALING JAYA: Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (Malbatt) 850 Siri 11 dilaporkan meninggal dunia di Lubnan. Menurut Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM), Sarjan Faridah Abd. Rahman disahkan meninggal dunia semalam pada pukul 2.25 pagi waktu Lubnan atau pukul 7.25 pagi waktu Malaysia. Jelasnya, Allahyarham yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850 Siri 11 di Kem Marakah, Lubnan telah disahkan meninggal dunia…










