31 maut tentera Israel serang rumah penduduk Palestin

31 maut tentera Israel serang rumah penduduk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAFAH: Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh di tengah Gaza selepas Israel melancarkan serangan semalam, kata Agensi Pertahanan Awam wilayah Palestin.

Serangan turut menyebabkan 20 penduduk lain di sebuah rumah di kem pelarian Nuseirat cedera.

Serangan itu dilancarkan ketika Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan mengadakan lawatan ke Israel untuk sesi perbincangan mengenai konflik di wilayah bergolak itu.

Tentera Israel dilaporkan melancarkan pesawat untuk ‘menyerang berpuluh-puluh lokasi Hamas’ dalam tempoh 24 jam lalu.

Saksi kejadian, Yasser Abu Oula memberitahu AFP, keseluruhan kompleks kediaman ‘musnah’ dan ‘masih ada mayat di bawah runtuhan’.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk terus memerangi Hamas di Gaza, berikutan serangan 7 Oktober lalu yang mencetuskan perang, sehingga pejuang Islam yang disokong Iran itu dikalahkan dan semua tebusan dibebaskan.

Bagaimanapun, Netanyahu berdepan tentangan hebat dan gesaan utnuk mengumumkan rancangan bagi tadbir urus Gaza selepas perang daripada sekutu tertinggi Washington serta daripada anggota Kabinetnya.

Sabtu lalu, ahli politik berhaluan tengah, Benny Gantz mengugut untuk berhenti menyokong pakatan berhaluan kanan yang memerintah melainkan Netanyahu meluluskan ‘pelan tindakan’ pasca perang.

Tentera Israel berpindah ke bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza yang dianggap sebagai kubu terakhir Hamas.

AS berkata, seramai 800,000 orang awam dipindahkan akibat pertempuran itu.

Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam berkata, pihaknya menyasarkan tentera Israel yang ditempatkan di persimpangan Rafah iaitu saluran penting untuk bantuan kemanusiaan yang kini ditutup dengan peluru mortar.

Israel tanpa jemu mengebom pejuang Hamas yang bangkit semula di kawasan utara dan tengah wilayah pantai yang sebelum ini berada di bawah kawalan tentera rejim itu.

AS turut memberikan amaran tentera Zionis boleh terperangkap dalam kempen penentangan yang akan berlanjutan lebih lama. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya