HANOI: Sekurang-kurangnya 14 penduduk maut dan tiga yang lain cedera selepas sebuah blok pangsapuri kecil di tengah Hanoi terbakar, kira-kira pukul 12.30 pagi tadi.
Agensi Berita Vietnam (VNA) melaporkan api yang semakin marak menyebabkan kebakaran besar sehingga berlaku letupan di lokasi berkenaan.
Pihak berkuasa memaklumkan belum dapat mengesahkan bilangan penduduk yang berada di dalam pangsapuri ketika kebakaran.
Namun, pihaknya berjaya melakukan kerja pemadaman selepas sejam bencana berlaku. -AFP