RIO DE JANEIRO: Polis Brazil menahan seorang wanita yang cuba membuat pinjaman bank untuk seorang lelaki tua yang ditolak di atas kerusi roda yang sudah meninggal dunia.
Bagaimanapun, pekerja bank menghubungi perkhidmatan kecemasan selepas berasa curiga apabila wanita itu membawa lelaki itu masuk dan meminta pinjaman atas nama lelaki berkenaan.
Kata polis dalam satu ke_nyataan, apabila pekerja kecemasan tiba, mereka mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia.
Jelas kenyataan itu lagi, Polis Presint Bangu, di sebelah barat Rio, menahan wanita itu kerana cubaan mencuri dengan menipu dan mencemarkan mayat.
Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan bagaimana dan bila lelaki itu meninggal dunia.
Laporan media Brazil berkata, wanita itu mendakwa sebagai anak saudara kepada lelaki berusia 68 tahun itu dan berusaha untuk membuat pinjaman sebanyak 17,000 reais (kira-kira AS$3,250 atau RM15,576.803) atas namanya.
“Dia cuba membuat seperti lelaki itu menandatangani kertas berkenaan.
“Tetapi lelaki berkenaan sudah mati apabila dia memasuki bank, kata ketua penyiasatan tempatan, Fabio Luiz memberitahu laman berita G1.
Peguam wanita itu bagaimanapun menafikan tuduhan itu. – AFP










