Wakil Palestin tak dijemput, Jerman batal bincang isu Gaza

Wakil Palestin tak dijemput, Presiden Jerman batal bincang isu Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier membatalkan perbincangan mengenai perang Gaza selepas tiada suara mewakili Palestin djemput menyertai dikusi tersebut. 

Perbincangan itu dijadualkan berlangsung di kediaman rasminya, Istana Beleevue di Berlin, Khamis depan, lapor Al Jazeera.  

Diskusi bertajuk ‘Bagaimana kita bercakap tentang perang di Asia Barat?’ turut mengundang tiga panel lain iaitu Pengarah Pusat Pendidikan Anne Frank, Meron Mendel, wartawan, Tilo Jung dan Pakar Hubungan Jerman-Israel, Melody Sucharewicz. 

Menerusi kenyataan yang diperoleh DPA, pejabat Presiden mewajarkan keputusan untuk membatalkan acara itu kerana meja bulat yang dirancang 2 Mei depan tidak memenuhi matlamat untuk mengukuhkan keamanan sosial ketika konflik semakin tegang.

Kerajaan Jerman adalah sekutu Israel paling setia dan pemimpin politik di Berlin berulang kali mempertahankan perang Israel di Gaza serta menyekat suara pro-Palestin di Jerman.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya