GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesan strain virus selesema burung H5N1 dalam susu mentah haiwan yang dijangkiti dengan kepekatan yang sangat tinggi. Bagaimanapun, tempoh virus itu boleh bertahan dalam susu berkenaan belum diketahui lagi kerana pakar masih menjalankan kajian lanjut. Awal bulan ini, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) memaklumkan, seorang pekerja di ladang tenusu di Texas semakin pulih selepas terdedah selesema burung yang dijangkiti daripada lembu. Ketua Program Influenza Global…