WASHINGTON: Banyak kejadian puting beliung memusnahkan bahagian Oklahoma dan negeri Great Plains berdekatan, menyebabkan sekurang-kurangnya lima maut, kata pihak berkuasa dan media tempatan. Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) Amerika Syarikat melaporkan, selepas 78 puting beliung berlaku pada Jumaat lalu kebanyakannya di Nebraska dan Iowa, sebanyak 35 laporan puting beliung berlaku lagi dari utara Texas dan Oklahoma ke Missouri. Ribut itu menyebabkan hujan sehingga 18 sentimeter di beberapa tempat dalam masa beberapa…










