JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran tsunami selepas sebuah gunung berapi di wilayah Sulawesi Utara meletus dan menghamburkan abu setinggi lebih 1 kilometer ke udara dalam bencana yang memaksa beratus-ratus penduduk berpindah, lapor akhbar The Guardian semalam. Menurut agensi vulkanologi Indonesia, Gunung Ruang meletus buat kali pertama pukul 9.45 malam (waktu tempatan) kelmarin disusuli empat letusan lain semalam. Beberapa pegawai berkata, mereka bimbang sebahagian daripada gunung berapi itu mungkin runtuh…